kenyataan YANG PAHIT
Selasa, 18 September 2012 • 6:54 PG • 0 Honey(s) Isnin lepas..Guru tadika anakku yang bongsu (azad fitri) singgah di rumah... Setelah lama berbual-bual ...terkeluar cerita , rupa-rupanya dia tak pandai mengira.. Salah aku juga ingat IQ dia lebih kurang dengan IQ kakak dan abang-abangnya. Dia dah lancar membaca buku ( b melayu) tetapi b Inggeris belum lagi lancar.Dia juga walaupun lambat sikit dari adik beradik yang lain tapi dah baca Alquran (juz 3).Semua bacaan dalam solat termasuk doa Qunut pun dah dihafaznya. Dia dah pandai mengarang dan menulis ayat pendek sendiri....Selalunya yang dia tulis ada saja yang nak kenakan abang dan kakaknya..contohnya ,ifah hitam laa..amsyar kurus...macam2 lagi perkara negatif yang dia suka merapu dan menulis.. Dia juga yang paling banyak bercakap dan peramah berbanding orang lain...Kalau suruh dia mengira, laju saja...bahasa arab, bahasa Inggeris semua boleh. Tak perasan pula dia tak tahu nak kira. Kalau pasal duit, dia memang tak kisah pun...Orang bagi duit raya pun tak nak... Hari ini ,terpaksa la mencari buku-buku matematik abangnya yang lama.Betul dan sahih dia memang tak tahu mengira.Sampaikan 1 + 2 dia kata 2... Hari ini juga, dia kena siapkan 5 helai latihan tapi yang senang la.Alhamdulillah, sekejap dia boleh mengira .Hairan gak....bila guru dia merungut macam tu...Mungkin dia tak boleh diajar secara ramai.Kena mengadap dia sorang saja.. Kadang-kadang ,kita ni lupa..Ingat anak2 tu semua sama.Padahal kebolehan masing - masing ada yang berbeza...Syukurlah dan terima kasih kepada cikgunya yang tanpa segan bercerita hal sebenarnya.... Bertuah sungguh anak mama yang sorang ni...
|
|