pksr 2012
Isnin, 17 September 2012 • 9:13 PTG • 0 Honey(s) السلام عليكم ورحمةاللهHari ni...murid -murid tahun 6 akan menduduki PKSR .Ujian ni penting untuk membantu mereka memohon sekolah menengah Agama(SMKA).Sementara menunggu waktu ujian pada pukul 11 nanti, ada baiknya aku meluahkan perasaan yang berbuku di hati dengan sikap anak-anak murid sekarang.Apa tidaknya, berulangkali pesanan, ingatan dah diberikan.Masih lagi ponteng sekolah...Yang datang pun ada yang tak berbuku.Melenggang kangkong.Entah apa tujuan datang sekolah..Hasrat di hati nak membantu mereka mengulangkaji tapi dengan sikap sambil lewa diaorang ni, rasa tawar hati .Walau macammanapun sempat juga memberi tajuk penting yang patut mereka tekankan semasa ulangkaji .Tapi ...ada yang memang yang tak heran pun ....dah terror sangat kot..Buat tak tahu jaa.. Kita yang risau apa benda la nak dijawab nanti...Soalan bukan semua a b c tapi ada yang perlu jawab sendiri.(subjektif).Itulah murid - murid sekarang, tapi tak boleh 100% salahkan diaorang.Emak bapa kat rumah pun kena main peranan. Tolonglah sesekali periksa beg sekolah anak .Ade ke tidak pensil atau pemadam. Selalu sangat meminjam kawan. Hari peperiksaan pun ada yang masih tertoleh kiri dan kanan...Mula la tu nak meminjam...Sory, kalau ada yang terasa di hati.Tapi ini la yang kita hadapi setiap hari..Kalau tahun satu, dua atau tiga tak apa lagi.Ini dah tahun 6 pun tak boleh lagi nak berdikari atau jaga harta sendiri.Walauapapun sikap anak muridku, aku selalu berdoa supaya Allah menjaga mulutku agar tidak terucap kata-kata yang boleh menjadi doa yang tidak baik untuk mereka.Ya Allah, Kau berikanlah kami ,semua guru kesabaran yang tinggi .....
Ujian bermula kul 11.15 , dalam meronda sempat mengintai jawapan diaorang...
Adoi.... geram sungguh dengan tahun 6 ni..Baru ja ajar pagi tadi.Dah lupa.....Tanda waqaf mim yang disebut berulangkali waqaf lazim, dibulatkan Qabih.Sedangkan perkataan Qabih tu ,tak da pun diajar lagi...Rasa macam diaorang tak baca soalan tapi dia hentam saja.Janji siap....Apa la nak jadi.... Rugi ja air liur tadi mengulangkaji.Malas rasa nak semak soalan hari ini. Besok-besok ja la semak...Harap2 semua lulus ......terutama mustaqim dan yusuf...
|
|