Colourful Pink
jom sambung cerita bukit fraser
Isnin, 17 September 2012 • 7:39 PG • 0 Honey(s)

 Ya Allah...macam tak percaya tengok air sungai yang dah  kering kontang tu. Patut laa air dalam empangan makin kurang.Kat empangan ni macam empangan Batu (jalan nak ke Ulu Yam) jugak.Ada pondok rehat yang disediakan. Bezanya...Bersih dan tidak tercemar..Maklum saja la sunyi sepi tak da orang singgah .Apa lagi nak cari orang jual makanan..Sesuai sangat untuk mencari ketenangan .

Jalanraya nak ke sana ,amat ok,tak la kecik sangat, tak da laa berliku sangat walaupun banyak selekoh..Tidak terlalu tinggi seperti Genting Higland.Jalan pun dalam keadaan yang baik ,lebih baik dari jalan ke Cameron melalui Tapah.Tapi bergolak juga isi perut kalau tak tahan pening.

Ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan anak-anak sebab banyak kera yang menunggu / bermain di tepi jalan...Nampak macam tak (peqak ) ja .Langsung tak lari malah berani dekat dengan kereta.Takut juga nak buka cermin.Ambik gambar dari dalam  kereta ja laa.

Dari jauh nampak banyak  kereta berhenti di tepi jalan.Rupanya ada kawasan perkelahan.Makin rasa frust / kecewa/ geram .Kalau ada baju boleh la rasa air sungainya yang pasti sejuk....Apatah lagi melihat kejernihan airnya.Adoii....geramnya kat cik abang.Kenape la berat sangat nak mengaku nak pergi sana..

Anak-anak dah mula menyanyi-nyanyi nak mandi...Bila ditanya nak pakai apa? Si abang dengan bangga kata: bang cik pakai boxer...Si Adik pula kata :adik bogel pun tak apa...Punyala semangat nak mandi sungai..Si Ayah diam ja la..ntah rasa bersalah ke tidak.Tapi yang pasti ada hati yang membengkak.Siapa lagi kalau tak si kakak.Menyampah dengar adik adik bercerita...Sempat la dia buat tahi mata.

Peliknya ,tak ada banyak kereta yang naik ke sana..Yang ramai pun geng -geng basikal aja..Tiap kali berselisih mesti aku berpaling nak tengok muka ,nak pastikan orang tua ke muda. Kagumnya ramai orang tua (30-50 tahun)  dari remaja.Dah la tu badan pun boleh tahan juga montelnya...Hebat la diaorang ni. Aku berkali-kali memuji diaorang depan si dia..Saja ja nak tengok reaksi dia...(sebenarnya nak hint dia) sebab dia nak joging keliling taman pun tak berapa lepas...Asyik nak terperap dalam rumah , mengadap facebook @ main angry bird @ plants vs zombies.Tanam pokok kat luar tak nak pula..

Abang, jangan marah ye kalau terbaca...Ini macam luahan perasaan laa.Dah banyak kali tegur tapi abang buat daaak aja....Sesekali nak juga buat aktiviti yang sihat atau berfaedah sama-sama.Tak da la  dok mengadap itu aja... jangan marah yaa...apapun wo ai nii.....

Alamak dah tersesat la  pula.Ok sambung semula cerita.Hampir sampai di puncak, perut si adik makin bergelodak....Apalagi keluar la selambak , nasib baik dia sorang-sorang kat belakang ,tak de la tekena orang.Nasib tak baiknya ,habis seluar jeansnya terkena muntah....

Tak ada tempat yang sesuai dan selamat nak berhenti, terpaksa teruskan perjalanan dengan bau yang amat masam. Yang tertidor pun mula terjaga.Rasa nak marah pun ada tapi nak buat macammana...terima ja laa..

Tak lama kemudian jumpa   tandas awam ,malangnya berkunci, nasib baik ada air bukit yang disalurkan melalui paip di tepi jalan..Airnya sejuk macam air batu. Selesai basuh muntah si adik, masalah lain pula datang ...Takkan nak berbogel pula...Selalu ada ja baju/tuala spare dalam keta tapi kali ini memang betul-betul terlupa...

Teringat tadi  si abang kata dia pakai boxer, suruh buka bagi kat adik tak mahu pula. Nanti bang cik nak mandi pakai apa, itu pula yang diingatnya. Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada...Sian anak-anak teruja nak mandi manda..

Puas memujuk , akhirnya berjaya...alasannya nanti kita cari seluar baru kat atas sana..Maka dapat la si adik memakai boxer abangnya yang berwarna purple..t shirtnya kuning....Syukurlah si adik tak kisah orangnya.( tak tahu malu lagi) Kalau orang lain ,tak mahunya keluar keta..

Ok sampai sini dulu nanti sambung lagi cerita...


 





Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Tutorial 'Add followers gadget on Blog (blogskin)' Click Here !


Template By: Sarah Zulkifli
Header By: Aina Hanani
Owner: YOUR NAME