Colourful Pink
Bukit Fraser
Isnin, 17 September 2012 • 5:37 PG • 0 Honey(s)

Assalamualaikum.....

Hari Sabtu lepas 15 Sept 2012 , tercapai juga hajat nak ke bukit fraser .Dah lama teringin nak pergi tapi tak da orang nak bawa..kesian.. nak pergi sendiri , dalam mimpi je laa.

Rupa-rupanya bukan jauh sangat. Dah lebih 10 tahun menetap di Selangor.Dekat je pun.dalam 60KM ja.Rasa rugi sangat ,nape la tak pergi dulu-dulu lagi.kesian pula kat anak sulung yang di asrama ,tak leh nak ikut.

Tapi ok juga dia tak ikut, nanti boleh pergi lagi sekali...konon nak bawa dia pulak....he..he...Alasan yang baik dan bijak.Lagipun  bukan banyak pakai duit pun.Isi minyak RM50 ,tak luak manapun.

Terima kasih buat suami yang terbuka hati nak bawa kami ke sana.Entah mimpi apa ,pagi sabtu tuu saja ja cadangkan jom pergi bukit Fraser.Tapi cam biasa laa buat tak tahu ja..Mulut tu berat sangat nak bercakap..tu yang buat kita tambah dosa.dok marah dia dalam hati...

Dia ajak pegi  open house kat Bazar Serendah. Kami anak beranak nak tak nak kena ikut.Lepas ja makan-makan ,dia terus drive menghala ke Batangkali.Dalam hati dah berbunga ...mesti nak gi Bukit Fraser ni...Anak-anak sibuk tanya nak pergi mana lagi. Aku cepat-cepat menjawab ,kita nak pergi Bukit Fraser la...Harap-harap dia faham.

Berhenti isi minyak di Batangkali..dalam hati dah senyum...seronok nak mendaki bukit Fraser.Sampai ja Kuala Kubu ,memang dah confirm laa nak pi sanaa.

Walaupun seronok , tapi geram juga ,nape la susah sangat nak bagi tahu kita orang. Nasib baik terasa nak bawa air masak  dan makanan ringan..Baju salin satu pun tak bawa.Mana la tahu kot-kot ada air terjun ke, boleh la mandi-manda.Kan best..

Dalam perjalanan, awal-awal lagi dah jumpa satu pemandangan yang cantik ,tenang, sejuk mata memandang.Empangan Air Selangor. Tapi, betul la kita akan menghadapi krisis air..Airnya tersangat cetek sampaikan di bawah jambatannnya telah kering kontang. Jambatannya tinggi juga tapi bawah kering kontang.




Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Tutorial 'Add followers gadget on Blog (blogskin)' Click Here !


Template By: Sarah Zulkifli
Header By: Aina Hanani
Owner: YOUR NAME