LAKSA KUAH IKAN TONGKOL
Ahad, 16 September 2012 • 11:18 PTG • 0 Honey(s) Assalamualaikum......dan salam 1 malaysia... Suamiku memang pandai memasak....Sejak mula kami berkahwin dia selalu di dapur..Dia bukan membantuku tapi aku yang membantu (tengok aje) dia masak. Perkahwinan kami semasa aku berada di tahun 3 di universiti, itu alasan yang kuat aku memang tak tahu memasak.Goreng telur pun jarang. Macam-macam yang boleh dia masak .Terbaru dia masak laksa berkuah ikan tongkol. Antara sebabnya mungkin dia naik meluat ,mungkin geram sebab aku dan anak perempuanku tiap petang membeli laksa jiranku..... Suatu pagi ,dia bersembang dan bertanya resepi dengan jiran kami.Dia ada memberitahu ikan yang digunakan oleh jiran kami tu.Aku buat tak tahu aje..malas nak mencuba ,lebih - lebih lagi kalau hari bekerja. Suatu hari ,balik jaa sekolah masuk ja rumah .Bau kuah laksa menyucuk - nyucuk hidung.Ingat jiranku hantar laksa, rupa-rupanya suamiku dah siap resepi terbarunya...... Aku bukan saja-saja nak bodek dia (tapi dalam hati ada la sikit) tapi memang sedap.Walaupun pertama kali dia masak kuah laksa selepas 15 tahun kami kahwin, kuah dia memang sedap, pekat, memang terbaik la.... Berbakul - bakul la dia dapat pujian dari aku.Tambah - tambah lagi semua ulaman dah siap terhiris ,tunggu makan jaa.Apa lagi.....bertambah-tambah kami anak beranak kecuali dia....sikit ja makan....Itulah sikapnya kalau apa sahaja yang kami anak beranak suka makan, dia suka tengok aje....Tq abang... Terasa lak hati ini nak berkongsi resepi suamiku yang rajin nii.(masak aje) Bahan-bahannya (kuah):
Cara menyediakan kuahnya:
Selamat mencuba.....
|
|